Sunday, October 13, 2013

Didik Anak Bertuah

Aku baru lepas cuci pinggan mangkuk lepas sediakan sarapan (once in a blue moon) utk suami yg nk pergi kerja syif pagi minggu ni. Biasa lepas masak aku mesti terus kemas. Tengah mencuci pinggan tadi tetiba aku teringat dgn video tentang kepayahan 2 beradik yg miskin terpaksa berkongsi uniform dan kasut sekolah. Video tu aku dapat dari member Facebook yg share video tu dgn aku. Aku pulak share video tu dgn member yg lain. Memang sedihlah kisahnya. Tak lama lepas tu adalah member2 aku komen tentang video tu. Lepas tu aku teringatlah dengan komen sorang kawan aku ni. Dia kata anaknya bertuah sebab pergi sekolah disediakan sarapan, bawa bekal. Bekal air dua satu air manis satu air masak. Kasut sekolah disediakan sampai 3 pasang seorang (anaknya dua orang yg dah bersekolah). Baju sekolah tak tau pulak berapa pasang yang dia sediakan. 3 pasang juga kot. Emm...memang bertuah...

Bila dibandingkan dengan anak aku..jauh beza..hehehe...anak aku baru seorang yg bersekolah...itu pun baru pra...aku sediakan barang keperluan sekolah dia serba satu je...kasut sekolah, beg, alat tulis serba satu, uniform, baju dan seluar senam semua sepasang..cuma stokin je 2 pasang sebab takut hilang atau tak jumpa cari...hehe...kalau ikutkan aku memang aku nak belikan lebih dari sepasang sebab dgn gaji sebagai guru memang aku mampu sediakan...tapi suami yang tak bagi...katanya jangan membazir. Bila difikirkan balik betul juga buat apa nak beli banyak-banyak sebab anak aku baru pra-sekolah...ada uniform khas dan baju senam khas...dalam seminggu dia akan bergilir2 pakai baju uniform dan baju senam berselang-seli...tentang sarapan dan bekal pulak, murid2 pra-sekolah memang disediakan makan minum...jadi bekal tak payah bawa...pagi2 selalunya sebelum pergi sekolah, anak aku akan minum susu je...sampai sekolah baru sarapan...itu pun kalau dia nak (anak aku susah sikit nak makan. Memilih.)

Bila fikir balik ada logiknya sediakan serba satu...secara tak langsung aku dan suami mengajar anak kami sifat bertanggungjawab terhadap barang sendiri...bila dah satu je yg ada mesti dia akan lebih menghargai barangnya dan tak akan sewenang-wenangnya menghilangkan barang seperti alat tulisnya...(lagi pun kst kelas anakku itu disediakan juga alat tulis).

Aku dan suami juga mula mengajar anak kami berfikir dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan yg mudah...contoh jika anakku lewat mencuci kasut sekolahnya, aku akan bertanya apakah akan terjadi jika kasutnya lewat dibasuh? Jawapan yg aku berikan supaya dia berfikir sudah tentu kasutnya masih basah atau lembab sewaktu dia ingin ke
sekolah...bila kasut basah/lembab sudah tentu dia tiada kasut untuk dipakai ke sekolah...jadi di sini secara tidak langsung anak aku akan segera mencuci kasut sekolahnya supaya kering mengikut waktu...aku dan suami juga mengajar dia sifat
bertanggungjawab dan menerima akibat terhadap keputusan sendiri yg telah dibuat...sebagai contoh sekiranya anakku tidak mahu mencuci kasutnya , maka terpaksalah dia menerima keadaan memakai kasut yg kotor pada minggu berikutnya kesan daripada tindakannya yg tidak mahu mencuci kasutnya di hujung minggu...

Secara tidak langsung kami juga mengajar anak kami dalam membuat pilihan sementelah dalam kehidupan kita ini banyak yang melibatkan pilihan apatah lagi yg melibatkan dua pilihan seperti pilihan baik atau buruk...

Sekiranya kami suami isteri menyediakan anak kami lebih dari sepasang kasut sekolah sudah tentu dia akan bersikap sambil lewa dalam menguruskan diri sendiri dan mengambil mudah tentang sesuatu perkara...mungkin akan ada sikap "ah..apa susah kalau kasut yg ni tak basuh..kasut yg lainkan ada.."

Aku pernah berkata kepada suamiku "kalau boleh Ayang tak nak manjakan anak-anak dengan material sangat walaupun kita mampu nak bagi...kalau Rayyan & Hannah dah bersekolah, Ayang tak nak dia orang pakai handphone...kalau Rayyan pulak tak nak dibelikan motosikal..biarlah mereka pergi sekolah berhantar dan berjemput...atau pun sekurang2nya naik bas...bawak motorsikal tidak sekali-kali..kalau dia orang nak sesuatu benda yg dia orang suka biar dia orang usaha sendiri tapi jangan sampai mencuri...kalau nak tolong pun, kita tolong sikit je dan bagi galakan..selebihnya biar dia orang usaha sendiri.."

Mungkin kedengaran kejam. Tapi itulah yg ibu bapaku didik terhadapku yg menjadikan aku tahu berfikir dan menghargai setiap sesuatu yg ada di sekelilingku...aku juga tak mahu anak-anakku nanti menjadi insan yang tidak mengenal hidup susah yang hanya inginkan benda tersedia di depan mata.

Aku tahu mungkin akan ada yang beranggapan anakku kecil lagi tak perlu diberatkan dengan perkara2 yg kompleks...ye memang betul..tapi melentur buluh biar dari rebungnya...nak mendidik manusia menjadi manusia biarlah sedari kecil..banyak pendekatan atau method yg boleh kita gunakan dalam mendidik anak2...kalau sesuatu perkara itu kompleks kita mudahkan mengikut tahap pemikiran anak2...gunakan bahasa yang mudah..dalam hal ini aku suka menggunakan bahasa yg mudah difahami oleh anak-anakku dan memberikan contoh yang paling hampir dengan mereka.

 Semoga aku terus istikomah dalam mendidik anak-anakku mengikut acuan kami suami isteri...anak-anak adalah cerminan ibu bapa...bagaimana rupa kuih, begitulah rupa cetak atau acuannya...

Wednesday, September 25, 2013

Dari Hospital ke Tempat Kerja

Hannah masuk hospital lagi. Petang Isnin 23/9/13 lepas balik dari sekolah aku terus packing barang-barang Hannah dan barang-barang keperluan aku termasuk baju kerja utk hari Rabu aku dh siapkan sekali. Hari Selasa aku dah minta CRK (nama je cuti rehat tapi tak rehat pun).Siap packing, aku dgn suami terus bergegas ke Hospital Sultanah Nora Ismail bawa Hannah utk check up sebab tengok dia dh lembik dan muka yg cengkung letih sebab muntah-muntah sejak petang Sabtu. Waktu di unit kecemasan Hannah muntah lagi utk kali ke 5. Hannah kelihatan cukup letih dan tak selesa. Menangis adalah satu cara untuk dia sampaikan tentang keadaan dia yg tak sihat dan selesa. Setelah diperiksa oleh doktor, Hannah perlu ditahan di wad. Seperti yg telah kujangka sebelum2 ni.

Hari Selasa aku bercuti kerana menjaga Hannah di wad. Lagi pun biasanya hari pertama doktor akan tanya mcm2 soalan tentang keadaan pesakit. Jadi aku sebagai ibu yg menjaga Hannah lebih faham tentang masalah Hannah dan perlu memberitahu secara detail tentang masalah penyakit yg dihidapi Hannah dari bayi hingga ketika ini. Hari seterusnya jika Hannah masih ditahan di wad, mak aku akan tolong menjaga Hannah bila aku pergi bekerja.

Aku masuk kerja semula pada hari Rabu. Hari ni lah. Bangun pagi aku bersiap, mandi di wad(nasib baik hannah ditempatkan dalam bilik so ada privacy). Tiba masa untuk make-up, rupa2nya eyeshadow aku tertinggal dirumah. Korek punya korek akhirnya ada eyebrow cake. Nasib baik ada eyebrow cake...so aku pun pakai je eyebrow cake warna hitam sebagai eyeshadow. Aku buat smokey eyes. Itulah dia kalau dah kelam kabut mesti ada yg tertinggal....

Saturday, September 7, 2013

BERJIMAT

Cerita yg aku nk kongsi kali ni bukan berkait je dgn situasi sekarang yg sedang hangat diperkatakan iaitu isu 20sen. Tapi juga tentang kenaikan harga barang  mengikut peredaran semasa dari tahun ke tahun.

Aku perasan 2-3 tahun lepas corak kehidupan dan cara perbelanjaan aku cukup berbeza. Jika dulu RM100 dapat beli macam-macam. Mula-mula penuh satu troli barang dgn duit RM100. Beberapa tahun lepas tu dgn RM100 separuh troli brg dpt dibeli. Kemudian suku dan yang terkini RM100 hanya dapat membeli 6 jenis barang keperluan harian rumah sprt sabun mandi, detergent, ubat gigi, syampoo, conditioner, pencuci tandas (tidak termasuk barang makan.) Kini demi berjimat cermat dalam berbelanja aku kena bijak membeli dan memilih barang keperluan harian rumah.

Contoh bagi menggantikan sabun mandi dan syampoo aku terpaksa membeli sabun mandi 2 in 1 from top- to-toe syampoo and hair wash. Biasanya aku beli je sabun kanak2 top-to-toe. Semua 1 rumah pakai yg itu baik si ayah, emak dan anak2. Tiada lagi syampoo berjenama dan conditionernya. Aku dah tak kisah dah nk beli syampoo anti kusut, anti kelemumur waima anti rambut gugur sekalipun. Yang penting rambut aku bersih dan wangi. sama jugalah dgn badan. Tak ada lagi nak sabun mandi yg melembutkan dan mencerahkan kulit. Yg penting sekarang biar badan bersih dari daki dan kekotoran dan berbau wangi.

Begitu juga dalam mencuci tandas dan bilik air. Kalau dulu ada pencuci khas untuk tandas dan bilik air. Sekarang ni guna sabun serbuk cuci baju je. Bersih dan berkilat juga tandas dan bilik air tu.

Kalau dulu peti ais tu penuh berisi dengan barang makan sampingan. Sekarang ni cukuplah yang asas je mcm ikan/ daging/ayam/ seafood/, telur dan sayur. Tak de lagi dah nak nugget, sosej, fish and chips, fries, juice buah2an, susu kotak, coklat segala bagai makanan ringan.Kalau dulu barang makanan ringan tu sentiasa di top-up bila habis, kini aku beli sebulan atau 2 bulan sekali je. Habis je, tak de dah nak top-up2. Kalau nak beli tunggu gaji bulan depannya. Atau pun kalau nak beli, beli hanya bila tekak terasa nak makan sesuatu makanan ringan. Contoh kalau tekak nak sosej, beli sosej je nugget tak payah beli. Begitu sekali aku berjimat cermat dalam berbelanja barang keperluan isi rumah.

Memandangkan anak ke-2 aku ni sakit, maka dia memerlukan susu khas yg boleh diberi melalui tiub makan. Pilihan yang aku ada hanya satu iaitu susu P*******e. Dulu aku beli tin yang 900gm berharga RM77 setin. Setiap kali beli aku akan beli 6 tin. 2 tin suami aku beli dgn duit gajinya, 4 tin lagi aku beli dgn duit gaji aku. Semenjak anak ke-2 ni makin membesar aku kini membeli susu yang sama tetapi dlm kuantiti 1.9kg setin yg berharga RM154. Kali ni aku hanya membeli 2 1/2 tin. Selalunya aku akan beli susu ni di kedai barangan bayi sebab ada kurang sikit harganya berbanding di pasaraya yang mna harganya lebih mahal. Kalau 1.9kg setin susu berharga RM154 di pasaran, di kedai barangan bayi tu harganya cuma RM144.90. Dapatlah jimat RM9.10. Jauh bezanya.

Tapi kini (mula le nak kaitkan dgn kenaikan harga minyak) setelah berlaku kenaikan pada harga minyak, sudah tentu harga susu yg aku beli tu akan naik juga. Mungkin nanti harga susu tu akan menjadi RM170 di pasaran luar. Nampaknya merengkeklah aku nak beli. Sekarang ni pun aku dah catu2 susu yg aku bagi kat anak aku tu. Kalau dulu setiap 3 jam mesti aku beri susu tak kiralah dia kenyang lagi sebab betul2 ikut arahan doktor dan pakar pemakanan, kini memandangkan dia dah pun aktif bergerak dan tak betah duduk di dalam baby cot sewaktu diberi susu melalui mesin, aku hanya beri susu bila dia menangis minta susu. Selagi dia tak minta, selagi tu aku anggap dia tak lapar.

Kadang2 terasa macam kejam terhadap anak aku yg satu tu. Tapi demi menjimatkan bekalan susu supaya cukup dan sampai hingga gaji aku yg seterusnya untuk membeli susu tu, terpaksa aku lakukan. Alhamdulillah, walaupun hanya makan susu yg dicampur cerelac badannya ttap sihat dan berisi. Tak pernah dia terpaksa berlapar dlm tempoh yg panjang. Kalau dulu 3 jam susu 1 jam rehat...sekarang ni tempoh rehatnya aku panjangkan sikit menjadi 2 jam. Kalau dulu cycle penyusuannya 6 kali sehari...tapi sekarang ni 5 kali sehari...Setakat ni tiada pula masalah kesihatan lain yang timbul pd anak aku tu...Harap2 kesihatannya baik berterusan...Alhamdulillah, syukran ya Allah.

Akhir kata untuk entri yg ini semoga Allah s.w.t  tetap memberikan aku rezeki yg halal dan cukup untuk menampung dan menyara anak2ku ini walaupun harga barang kini mencanak-canak naiknya....Aamiin.

Wednesday, September 4, 2013

Perfume Untuk Suami

Bila ada yg baca tajuk entry aku hari ni, mesti akan ada yg ingat aku nak bercerita tentang membeli perfume untuk suami. Hahaha..tapi sebenarnya aku yg beli perfume untuk diri sendiri.

Minggu lepas aku baru beli perfume...ada rezeki sikit dapatlah aku membeli perfume branded barang sebotol dua...itu pun setelah bertahun menahan diri untuk tidak membeli perfume branded...

Dalam pada itu perfume yg biasa masih lagi ada berbaki suku botol. Setelah ada branded perfumes ni, aku memutuskan untuk memakainya hanya sewaktu pergi bekerja bagi mengelakkan ianya cepat habis...maklumlah mahal..sayang nak habiskan...manakala perfume biasa yang masih berbaki akan aku pakai sewaktu di rumah .

Esok paginya bersemangatlah nak pergi kerja...pakai perfume baru. Mood pun baru. Balik dari kerja, setelah berehat sambil bermain dengan anak-anak, aku pun mandi dan bersiap menanti kepulangan suami dari tempat kerjanya...

Entah kenapa sewaktu mahu menyembur perfume biasa, tiba-tiba saja aku berubah fikiran. Niat asal tidak mahu memakai perfume mahal di rumah telah kutukar. Aku berfikir kenapa mesti aku pakai perfume biasa untuk suami aku? Bukankah lebih baik kalau aku pakai perfume mahal ni di rumah semata-mata untuk suami aku? Rasanya itu lebih baik dan afdal ye tak? Daripada orang luar tercium bau perfume mahal aku tu, lebih baik suami aku yg cium baunyakan? Lagi pun dia yang lebih berhak. Pahala pun dapat kerana mendahulukan suami...bukan mendahului suami...

Memikirkan itu, aku pun letak balik perfume biasa lantas menyembur perfume mahal pd diriku. Lagi pun aku tak dapat menahan diri untuk tidak memakai perfume mahal yang baunya cukup memikat..hehehe...aku rasa tak mengapalah kalau perfume mahal aku tu habis cepat kerana memakainya untuk pergi kerja dan di rumah. Manalah tahukan...sebab kita ikhlas memuliakan suami kita, Allah berikan lagi rezeki kepada kita untuk beli perfume mahal yang baru..atau pun kita dapat hadiah perfume mahal daripada suami kita ke kan? Hehehe...

Sejauh mana kita memuliakan suami kita sebagai seorang yang lebih berhak ke atas kita? Kalau di rumah, pinggan mangkuk yang bagaimana kita gunakan untuk menghidangkan makanan kepada suami kita? Cawan yang bagaimana kita guna untuk menghidangkan air kepadanya buat penghilang dahaga?

Adakah kita gunakan pinggan ayan dan cawan biasa untuk suami kita? Sedangkan pinggan Arcopal, Vintage, Claytan dll. tersimpan cantik dalam almari hanya dikeluarkan atau digunakan ketika ada tetamu di rumah kita.

Memang kita patut memuliakan tetamu. Tetapi antara memuliakan tetamu dan suami, mana yg lebih wajib dimuliakan? Mestilah suami, bukan? Lagi pun tanpa izin suami tetamu tak boleh masuk ke dalam rumah kita.

Oleh itu selagi ada suami, marilah kita sebagai isteri memuliakannya. Dahulukanlah suami kita dalam apa jua perkara, hormatinya dan muliakannya selagi tidak melanggar hukum syarak. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Redha suami ke atas kita itu yg kita patut cari..

Sediakanlah perfume untuk suami. Wangi-wangikanlah diri kita untuk suami bukan untuk orang luar. :)






Sunday, September 1, 2013

Memori raya.

Orang katalah kehidupan kanak-kanak di zaman 80an hingga 90an tu seronok. Puas menerokai dunia luar. Tak macam sekarang. Seronok juga. Tapi seronok yg membosankan. Bosan sebab asyik terperap dalam rumah menghadap laptop, tab atau telefon pintar. Aku lahir dalam tahun 1980.

Zaman 90an pun dah mula gajet-gajet eletronik yg canggih ketika tu. Antaranya permainan elektronik Tetris dengan Video Game katrij. Tiap kali raya antara memori yang aku selalu teringat ialah kedua-dua jenis game ni.

Ingat lagi masa tu jiran aku belikan anaknya game Tetris ni. Masa tu aku baru 5 beradik.
Ketika tu aku & seorang adik di bawahku sudah pandai pasang impian nak mempunyai game Tetris tu. Yang lagi 3 tu kecik lagi. Belum tau apa-apa. Dek kerana kemaruk sangat nakkan game tu, habis je bulan Syawal aku dengan adik pertamaku itu terus kira duit raya masing-masing. Setelah dikira akhirnya kami bersetuju mengeluarkan RM22.50 seorang untuk membeli game tu. Hujung minggu kami ikut mak ke bandar Batu Pahat dengan menaiki bas awam. Rasa tak sabar sungguh masa tu. Dah terbayang jek depan mata gameTetris. Sampai dekat The Store jalan Zabedah(masa tu itulah pasaraya yang paling glamour kat Batu Pahat), kami terus mengajak mak ke bahagian permainan. Survey punya survey akhirnya jumpalah game yg diidamkan.

Bila kami bagi tahu mak nak Game Tetris tu mak tak nak belikan. Mak kata dia tak ada duit. (Mak & Ayah kami jarang belikan permainan bila anak-anaknya dah masuk alam persekolahan). Tahu dah dengan jawapan Mak, kami pun cakap kami ada duit sendiri nak beli. Akhirnya kami pun belilah game Tetris yang berharga RM45. Masa tu game nilah paling canggih. RM45 masa tu dah dikira sangat mahal.Siapa yang ada game ni kira hebatlah. Setelah dapat, maka bergilir-gilir le aku dgn adik pertamaku bermain game ni sebab kami beli kongsi duitkan.

Raya tahun 1994 memori membeli Video Game katrij pulak. Masa tu kami 5 beradik lagi. Lima-lima dah sekolah. Aku anak yang sulung berada di tingkatan 2. Raya ke 3 kami sekeluarga balik ke Pagoh untuk menziarahi sedara mara sebelah Ayah. Masa di Pagoh sepupu kami sedang asyik bermain video game ni. Kami pun berpeluang mencubanya. Masa tu game yang paling popular ialah Super Mario dan Super Tank(game kereta kebal). Tak sangka pulak 2 orang adik lelaki aku ni amat berminat dengan video game tu. Lepas tu bole pulak dia ajak aku dgn 2 org lagi kakaknya join venture beli video game katrij. Mulanya aku keberatan sebab barang mahal. Takut dimarah Ayah beli video game tu tanpa pengetahuannya.

Setelah dipujuk dan dirayu oleh adik2ku yg lain akhirnya aku bersetujulah jugak mengeluarkan 'syer'. Dengan bantuan sepupuku, aku dan sepupuku itu pergilah beli video game katrij tu di pekan Pagoh. Aku dah lupa berapa harganya tapi RM100 lebih ada kut. Setelah tawar menawar antara sepupuku dengan mamat cina jaga kedai tu akhirnya kami dapat beli video game tu dengan harga Rm100 siap 3 katrij game, 1 pistol, 2 joysticks dan 1 game drive.

Balik dari kedai, sampai saja di rumah sepupuku tu (aku dan sepupuku pergi dgn berjalan kaki), adik-adikku yg lain terus menerpa. Masing-masing tak sabar nak tengok set video game yang telah aku beli menggunakan sebahagian syer duit raya masing-masing. Bila balik semula ke BP kami sembunyikan video game tu. Sebolehnya tak nak mak dan ayah tahu kami adik-beradik beli game mahal sampai beratus.lama juga kami sembunyikan hal ni dari pengetahuan mak dan ayah. Masa untuk main game ni ialah waktu siang lepas balik sekolah dan lewat malam pd mlm minggu.

Masa tu mak ayah mengajar di sekolah waktu petang. Jadi kami adik beradik berpestalah main video game. Bila dengar saja bunyi van nissan venette ayah, terus kami kelam kabut simpan video game dalam kotak, hujung minggu kami main lewat malam. Kami tunggu mak ayah kami tidur dulu baru kami keluarkan game. Masa tu pasang pelan2. Sound pun buka perlahan sangat sebab tak nk mak ayah terjaga dari tidur dengar bunyi video game. Tapi satu malam tu terkantoi jugak. Sedang kami adik beradik brmain tiba-tiba mak & ayah keluar dari bilik. Apa lagi masa tu tak sempat nak cover line pecah le tembelang. Mak kata patutlah dia terdengar suara orang berbisik2 lepas tu bunyi tv. Rupanya kami adik beradik main video game. Nasib baik ayah pun tak marah. Cuma ketawa kecil & geleng kepala mengenangkan yang kami adik beradik sanggup kongsi duit beli video game. Ayah cuma pesan,"jaga baik-baik. Mahal tu.". Yang kesiannya sepupuku..teruk dia dimarahi dan dibebel oleh mak ngahku kerana membawaku ke kedai game di pekan pagoh untuk membeli video game katrij.

Seronok sungguh time tu. Masa tu aku dan adik-adikku dah pandai usaha guna duit sendiri untuk beli barang yang menjadi impian masing-masing. Rasa satu kepuasan dapat beli barang yang dihajati dgn duit sendiri.Mak Ayah aku tak memanjakan kami adik-beradik dengan material setelah bersekolah. Mereka sediakan apa yg termampu oleh mereka sahaja. Jika inginkan sesuatu yg lebih mesti beli dgn duit poket yang dikumpul sendiri.


Thursday, August 29, 2013

Impian Atau Angan-Angan.

Apa itu impian? Apa itu angan-angan?
Ada orang kata impian dengan angan-angan tu tak sama.
Impian itu sesuatu yg dikhayalkan tapi beserta usaha
untuk menjadikannya satu kenyataan.
Angan-angan pula sebaliknya. Berkhayal tanpa usaha.

Beberapa hari yang lepas,
Bukan setakat beberapa hari yang lepaslah. Aku rasa sebelum-sebelum ni pun,
Tahun-tahun yang lepas mesti ada orang yang membandingkan
saiz aku dengan keretaku yang besar.
Hahaha...mesti orang ingat aku ni selera besar juga.
Tak padan dengan saiz tubuh yang kecil.
Sebenarnya berkereta besar bukanlah impian aku.
Bagi aku cukuplah kereta tu dapat memuatkan aku dan ahli keluargaku
untuk pergi ke tempat-tempat tertentu dan pergi bekerja dengan selesa dan selamat(selamatlah kalau kereta tu dipandu dgn berhati-hati. In Sha Allah).
Bukan bertujuan untuk menunjuk, memuaskan nafsu membeli atau
Nak mengatasi orang sekeliling.

Kalau aku cakap aku tak memasang impian untuk berkereta besar mesti orang kata, "Alaa..poyolah. takkan tak teringin langsung. Bohonglah,"
Terpulanglah apa korang nak fikir. Tapi itulah realitinya.
Aku ni jenis orang yang tak memasang impian. Berangan-angan pun tidak.
Kalau tengok kereta besar yang menjalar kat jalan raya pun aku sekadar memuji,
"Wah, cantik kereta ni." Titik.
Tak ada pula aku cakap,
"Wah, cantiknya kereta ni. Satu hari nanti aku nak belilah kereta macam ni,"
Aku jenis yang orang yang mengikut kesesuaian peredaran keadaan semasa.
 Orang putih kata "going with the flow". Bukan ikut trend.
 Tidak macam sesetengah orang yang memasang target,
"Lima tahun akan datang aku nk tukar pakai kereta besar sekian,sekian,"
lepas tu beria-ia kumpul duit semata nk beli kereta impian tu.
Bagi aku kalau ada rezeki, dapatlah merasa.
Kalau tak ada atau tak mampu, janganlah nak diada-adakan.

Kereta pertama aku dulu MyVi. Aku sayang sangat kereta tu.
Maklumlah kereta dibeli dengan duit gaji sendiri semasa anak dara lagi.
Beli yang first edition pulak tu. Baru keluar di pasaran. Kena tempah dulu.
6 bulan baru dapat. Aku beli pun sebab ayah aku yang suruh.
Sebabnya aku posting di kawasan yg agak terpencil - Bandar Tenggara.
Kawasan felda.Tempat tu masa tu bukan mcm sekarang dah
ada KFC & segala bagai kemudahan yang terkini.
Dulu pengangkutan yang ada kat kawasan tu teksi, kereta sapu & bas awam SS
(aku gelarkan bas syok sendiri sebab ikut suka hati dia
bila waktu nk lalu amik penumpang. :p)
Memandangkan sekolah tempat yang aku mengajar tu sekolah baru,
maka cikgu-cikgunya sering dihantar keluar berkursus. Termasuklah aku.
Oleh sebab memikirkan untuk kemudahan aku pergi kursus,
aku pun setuju saja cadangan ayah.
 Ayah yang temankan aku pergi Perodua dan uruskan pembelian kereta.
 Aku tinggal bagi duit & sign agreement jual beli je. Hehehe.
Ambil lesen kereta dulu pun kalau tak iya-iya ayah yang suruh.
Aku tak ambil. Aku sampai cakap secara bergurau dengan mak,
"Alaa...apa susah. Bas,teksi ada. Nanti kalau orang kahwin,
suami orang le antar orang pegi keje,"
Mak cakap, "Abis tu kalau Et kena pegi kursus jauh-jauh takkan nak suruh
suami jugak yang hantar," .
Disebabkan kata-kata mak tu, buat aku terfikir. Ye jugak.

Akhirnya aku ambil jugak lesen memandu kereta.
(berbeza dengan adik-adik aku ada yg ambil lesen kereta senyap-senyap
takut ayah tak bagi. Aku pula dipaksa oleh ayah untuk ambil.)
Dapat je kereta MyVi, ayah jemput aku dgn kereta baru tu dekat
Pejabat Pertanian Air Hitam sewaktu aku balik dari kursus di Melaka
selama 3 hari dengan menumpang kereta kawan.
Masa tu lagi beberapa hari nak puasa Ramadan.
Ayah tak bagi lagi aku drive kereta tu walaupun aku dah dapat lesen P time tu.
maybe dia belum confident dgn aku untuk drive kereta tu.
Aku ingat lagi 1 Ramadan, ayah hantar aku balik bandar tenggara dengan kereta baru.
Masa tu hanya aku berdua dengan ayah. Aku drive start dari Kluang.
Ingat lagi masa berhenti kat traffic light ada sebuah kereta yg dipandu
 oleh seorang pemuda & ditumpang oleh kawan-kawannya mengajuk cara aku
yg memandu mengempor ala watak Luna cerita Slot Samarinda.
Lepas tu gelakkan aku. Hampes!
Al maklumlah tgn keras lagi. Sampai di T6, ayah suruh berhentikan kereta.
Ayah suruh aku pandu sendiri. Seorang diri hingga Bandar Tenggara.
"Hah? Ayah hantar sampai sini je? Abis ayah balik naik apa nanti?"
"Ayah baliklah naik teksi. Kalau ayah teman sampai tempat awak nanti
tak sempat pulak nk balik berbuka kat rumah dengan mak & adik-adik."

Dengan tangan & kaki yang menggeletar, aku gagahkan jugak memandu
sampai ke Bandar Tenggara.
Sepanjang jalan tu aku menangis mengenangkan pengorbanan ayah
aku yang sanggup balik naik teksi setelah menghantar aku sampai T6.
Puasa pertama tu aku tak taulah sah ke tak sebabnya aku menangis
berjurai-jurai air mata sambil memandu.
Sedih dengan pengorbanan ayah satu hal.
 Sedih sebab dipaksa memandu seorang diri satu hal.
Sedih sebab takut accident satu hal lagi...hahaha.
Moment ni memang tak akan aku lupa sampai bila-bila.
Terngiang-ngiang di telinga pesan ayah, "Hati-hati memandu.
Sampai nanti jangan lupa telefon ayah,"
Sampai je di rumah sewa, dengan tangan dan kaki yg masih ketar,
 aku terus sujud syukur. Manakala housemates aku pulak excited
 membelek kereta baru aku. Hahaha.

Lama jugak aku pakai kereta MyVi tu. 7 tahun ada.
Masuk anak ke 2 setelah difikirkan betul-betul, aku akhirnya menurut
saranan suami untuk menukar kereta sedia ada ke Honda City.
Keputusan dibuat kerana memikirkan keadaan anak ke 2 aku yg sakit
memerlukan kereta yg ada boot luas untuk mengangkut mesin-mesin khas,
 tong gas dan stroller. Sedih memang sedih sebab kereta lama tu ada
banyak sentimental value. Tapi demi keselesaan anak yang sakit tu,
aku tukarlah kereta yang besar sikit.
 Survey kereta baru tu pun aku tak pandang sangat designnya.
Setiap kali survey kereta perkara pertama aku check dulu ialah keluasan bootnya.
Yang kedua seat pemandu bole dijek naik tinggi atau tak
(sebab aku sedar aku ni pendek. Karang nanti tak nampak jalan
pulak kalau seat rendah.)
Perkara yg lain hanya bonus je. Banyak juga kereta yang aku survey.
Akhirnya Honda City yg aku rasa sesuai dengan ciri-ciri kereta yg aku
 inginkan berdasarkan keadaan semasa aku ketika ini. Rezeki anak-anak.
Kalau tak kerana ada anak yang sakit, rasanya aku masih pakai MyVi lagi
sekarang ni dan tak merasa pakai kereta Honda City. Alhamdulillah.
Benarlah kata orang, setiap masalah yang Allah turunkan pada kita
pasti ada hikmah di sebaliknya.

Bila diingatkan balik, apa yang aku dapat semuanya tak
pernah aku impikan. Dulu masa study dapat duit pinjaman KPM aku beli PC.
Pada hal tak pernah pasang niat tinggi nk ada PC saja2.
Beli PC pun sebab nk buat assignment.
Bila dh keje, orang masing-masing dh ada laptop.
Aku rilek jek. Dapat duit EPF sebab tukar kpd skim pencen baru aku beli laptop.
Itu pun setelah  3 tahun bekerja. Beli laptop pun sebab perubahan semasa
yang memerlukan aku menggunakan software tertentu &
 download benda-benda berkaitan kerja semasa kursus.
 Maklumlah masa tu pendidikan ICT dah mula dilaksanakan.
selain laptop aku beli handphone touch screen.
Masa tu handphone touch screen pun baru nak 'naik'.
Aku beli pun sebab handphone Nokia sabun aku jem button cursornya.
Rosak handphone touch screen LG aku 3 tahun lepas tu,
aku pakai handphone touch screen samsung biasa je.
Itu pun suami yg hadiahkan. sampai sekarang aku pakai handphone Samsung Colby tu.
Sampai pernah ada seorang rakan sekerja aku tak percaya bila aku
 cakap handphone aku tu harga RM300 je.
 Dia ingat aku pakai handphone mahal. Dalam hati aku,
"Alaa kak. Saya pakai handphone pun cukuplah dapat call &
 terima dan send sms dan mms. Nak surf Internet kat laptop je."
 (Masa tu aku belum ada tab lagi.)

Moralnya kat sini bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan dapat.
Aku berpuas hati dengan keadaan aku sekarang.
(Sampai sekarang bila memandu kereta seorang diri,
aku macam tak percaya yang aku bole memandu kereta,
kereta yang besar pulak tu dengan keadaan fizikal aku yang kecik
tak padan dengan saiz kereta. Heheh.)
Ada rezeki lebih dapatlah apa yang dirancang itu pun dengan izin Allah s.w.t.
Kalau tak ada, tak adalah. Tak payah nak diada-adakan.
Tak payah nak ikut-ikut trend atau orang lain sangatlah.
Contohnya rumah aku sekarang tak ada langsir. Sebabnya tak ada budget.
Raya hari tu tingkap rumah aku 'bogel' je, Raya meriah jugak! Hahaha.




Monday, October 29, 2012

B.O.D.O.H vs P.A.N.D.A.I

Minggu lepas aku adalah masuk menjaga peperiksaan akhir tahun 2012 yg sedang berlangsung di sebuah kelas tingkatan 4 ni. Kelas ni aku tak tahulah apa masalahnya. Pelajarnya tak reti diam baik dari segi mendiamkan mulut mahupun mendiamkan pergerakan walaupun peperiksaan sedang berlangsung. Yang tak tahannya ada yang siap menyanyi-menyanyi umpama karaoke jamban. Amaran dan arahan sudah diberi berkali-kali namun masih juga berbuat bising. Hinggakan hampir membuatkan aku hilang sabar. Sudahlah begitu, mulut masing-masing tak lepas dgn perkataan BODOH. "Diamlah, bodoh.", "Kertas aku mana, bodoh?", "Pinjam penlah, bodoh.", "Letak beg kat belakanglah, bodoh.", "Apa jawapan ko, bodoh?" dan macam-macam lagilah. Sampai nak torek telinga aku mendengar bahasa sumpahan yang satu ni. Itu baru 6 kali yang aku taipkan di sini. Bayangkan kalau setiap kali bersuara ada perkataan 'bodoh' yang disertakan, tak mustahil boleh mencecah lebih daripada 44kali. Orang kata kalau kita berzikir, berdoa sampai 44kali mujarab. Emm...patutlah apa yang cikgu ajar di sekolah tak masuk dalam kepala. Rupanya dah bodoh hanya disebabkan diri sendiri yang suka menyumpah perkataan bodoh tu. Memang jadilah bodohnya. Kesian...

Yang peliknya pelajar tu bila disumpah oleh guru dengan perkataan 'bodoh' (jarang ada guru menyumpah anak murid melainkan guru tu dah hilang sabar) boleh pulak nak 'feeling-feeling', 'touching-touching' segala bagai. Nak tergelak aku. Nampak macam kerek & ganas. Tapi bila sekali kena sumpah 'bodoh' dengan guru, haaa...dalam hati ada taman rupanya. Ada sesetengah tu tahu pulak nak hangin satu badan bila dikatakan 'bodoh' oleh guru. Dah bukan biasa ke dengan perkataan 'bodoh' tu? Rilek ah...Takkan terasa kot...Hahaha...Inilah dia kebiasaan yang membawa kemudaratan. Bukankah lebih baik kalau perkataan 'bodoh' tu digantikan dengan perkataan 'pandai'. Contoh macam "Diamlah, pandai.", "Kertas jawapan aku mana, pandai?", "Pinjam penlah, pandai," dan sebagainya. Tak mustahil satu hari nanti daripada 'bodoh' boleh bertukar jadi 'pandai'.
Ingatlah. Apa yang keluar dari mulut tu umpama doa. Jika pelajar mungkin memerlukan usaha yang lebih sehingga 44kali utk sesuatu itu berlaku, guru mungkin hanya memerlukan SEKALI saja utk ianya berlaku kerana doa guru itu mujarab @ makbur. Lebih-lebih lagi kalau guru itu teraniaya. Kerana doa orang teraniaya juga dimakburkan Allah s.w.t. Oleh itu, anak-anak sekalian, jaga mulut anda, jaga kelakuan anda. Jangan sampai menyakitkan hati guru sehingga membuatkan seseorang guru itu menyumpah anda. Jika tidak kesannya anda akan dapati dengan segera. Ingat juga, sekarang ni Allah 'bayar' 'cash and carry' it yourself!

Monday, October 22, 2012

Kutip Pengalaman

Aku baru mula menanda kertas karangan bahasa Inggeris murid tingkatan 4 yang sedang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Peperiksaan kertas Bahasa Inggeris tingkatan 4 telah berlangsung pd minggu lepas. Hari ni baru aku nak semak. Masuk kertas yang ke-8 otak aku dah mula gagal berfungsi. Ditambah pula bila kertas yang ke-8 itu adalah hasil plagiat @ peniruan si polan daripada si polan, lagilah aku ter'bakar'. Jadi, sebelum kertas jawapan karangan budak yang bersalah itu aku kerjakan sampai hancur umpama kertas yang dimasukkan ke dalam mesin pemotong kertas, adalah baiknya aku berhenti dulu menanda. Lalu segera aku capai beg tangan dan berjalan menuju ke kantin. Lapar pun ye juga sebenarnya memandangkan pagi tadi aku makan terlalu awal dan hanya mengambil mi hoon goreng bukan nasi seperti selalunya.

Tiba di kantin, adalah kawan-kawan untuk berborak sambil makan. Bolehlah dikatakan kantin tempat 'bermesyuarat' tak rasmi bagi guru-guru. Di situlah tempat kami meluahkan masalah, perasaan kecewa terhadap perlakuan murid-murid, bergosip dan sebagainya. Namun begitu, tak adalah pulak kami nak bertunggu-tangga di kantin sampai tak masuk mengajar semata-mata nak berborak okayy. Kami masih sedar dengan tugas hakiki.

Borak punya borak, tibalah isu 'menolak tugasan'. Bukan apa, bila bercakap tentang hal menolak tugasan ni, aku teringat zaman dulu aku mula 'posting' sebagai guru dengan zaman sekarang guru baru 'posting'. Nak kata jauh jarak beza tahunnya taklah lama sangat. Lapan tahun je. Tapi lapan tahun pun dah nampak dah perbezaan sikapnya.

Bukan nak kata aku bagus sangat atau 'skem' sangat. Huh! Tapi seingat akulah dulu, selagi belum sah jawatan, tak berani aku nak tolak-tolak tugasan ni. Walaupun bukan sebab ada sah mengesah jawatan ni pun, aku rasa belum tentu aku berani nak tolak tugasan. Tapi zaman sekarang ni, guru-guru barunya 'daring' & 'demand' sungguh. Ingat lagi dulu, masa tu aku baru 3 bulan posting, dah dihantar pergi berkursus 3 hari 2 malam di Melaka, menginap di Hotel Seri Costa. Aku dengan muka 'blur' & terkontang-kanting seorang diri pergi kursus tu tanpa rakan satu sekolah. Maklumlah arahannya setiap sekolah hantar 1 wakil. Dengan berat hati, sebab tak ada keyakinan diri aku pergi juga dengan dihantar oleh KP aku ke PPD  (semua wakil guru setiap sekolah berkumpul di PPD untuk naik bas ke Melaka). Bila tiba kena jaga periksa awam, pergi jaga periksa awam. Disuruh menanda kertas periksa awam, pergi juga walaupun ketika tu hati berbelah bagi antara tugas dengan keinginan pulang ke kampung atau pergi bercuti. Tidak pernah membantah.

Berbeza pula dengan sekarang. Baru beberapa bulan bekerja, kerusi pun belum 'panas', jawatan pun belum sah, sudah berani menolak tugasan yang diberi sebagai contohnya menjaga peperiksaan awam. Memanglah untuk menjaga peperiksaan awam ini memerlukan PPP Siswazah terlatih dan berkredibiliti. Tetapi sekiranya terpilih di waktu awal alam pekerjaan terimalah seadanya. Janganlah pas-pas minta orang lain menggantikan tempat. Kalau dengan alasan mahu bertunang atau berkahwin, bersalin atau keguguran, anak sakit, bolehlah diterima. Tapi kalau alasan sekadar mahu pulang ke kampung atau telah membeli tiket bas dan macam-macam lagi alasan yang ke'anak'-'anak'kan, baik simpan sahaja alasan tu dan fokuslah pada kerja. Memanglah ianya kedengaran kejam. Tapi itulah hakikatnya. Bukan tak dapat duit. Dibayar apa semua tu. Takkan tak nak duit kot?? Bukan tak ada cuti langsung. Ada juga cuti. Tapi ingatlah cuti tu berpada-pada. Cuti guru itu bila-bila masa boleh diambil oleh pihak pentadbiran sekiranya diperlukan.

Kutiplah pengalaman sewaktu masih muda. Jangan nanti bila dah sah jawatan mulalah ternanti-nanti bila masa nama akan dipanggil untuk pergi berkursus atau membuat kerja-kerja di luar sekolah. Pergilah dan terimalah bila diarahkan untuk berkursus, jaga periksa, atau menanda kertas. Sekali-sekala keluarlah dari kempompong sekolah, tengok sekolah lain, cuci mata & minda. Jangan hanya duduk mengajar (ada yang mengajar duduk ke?? Aii..muda lagikan? takkan dah mengajar duduk kot... :P) di sekolah sambil sibuk riki-riki tangga gaji & mengira-ngira gaji pokok + elaun. Lupakan seketika impian "Bilalah aku nak merasa gaji sekian, sekian. Elaun segini, elaun segitu." Sabar. Sampai masa nanti (jika dipanjangkan umurlah) tiba juga hajat merasa duit gaji yang berkepuk-kepuk. Tinggal ikhlas tak ikhlas jelah nak bekerja untuk sampai ke tahap duit berkepuk-kepuk tu. Rasanya jika kita ikhlas dan istiqamah dalam bekerja (tanpa kipas-mengipas),pejam, celik, pejam, celik lapan tahun tu rasa macam sekejap je dah sampai DG sekian, sekian.

Rasanya cukuplah kot aku menaip untuk hari ni. Apa pun, ini hanyalah curahan rasa aku. Kalau ada yang terasa minta maaflah ye. Janganlah hentam aku pulak macam blog hamba Allah yang sorang tu. Sambil itu renung-renungkanlah kata-kata hikmat ini "Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak". Jangan lupa selamat beramal. Hehehe... :)

P/S: Takut ni nak posting blog post yang ni. Takut kena hentam teruk. :P



Wednesday, October 17, 2012

Belajar,Belajar Dan Terus Belajar

Sekarang ni bunyi guruh berdentam dentum. Hujan pun dah turun. tapi aku dengan gigihnya belajar membina blog dan meletakkan paparan iklan dalam blog aku. Siapa yg ajarkan? Erm...adik aku le...Hehehe...Thanks le pd adik aku yg sudi melayan kerenah aku yang 'giler' dan macam-macam ni. Hahaha...Tapi sebelum aku buka blog dan buat kerja 'lagha' ni, aku kena siapkan dulu tugas hakiki aku sebagai guru tingkatan. baru sekejap tadi aku hantar senarai nama pelajar tingkatan 3 kelas aku yang berhutang dengan pihak sekolah kepada pengetua aku. aku send melalui e-mail. harap-harap pengetua tu dapat le e-mail aku. 

Dah lama sebenarnya aku tak gunakan perkhidmatan e-mail ni. Dulu guna masa study kat 'U' je. Bila dah masuk alam pekerjaan dah jarang send e-mail ni. Al-maklumlah ada SMS sekarang. Tapi bilamana pengetua aku rajin benar menggunakan peralatan elektronik seperti komputer dan mahu sebarang dokumentasi dihantar secara software, maka terpaksalah aku merajinkan diri untuk membuka semula akaun e-mail aku yang dah berkurun tidak disemak dan dikemaskini untuk menghantar segala kerja yg dibuat melalui e-mail. (siang tadi tak sempat nak buat kat sekolah sebab menguruskan murid kelas aku memulangkan buku teks ke unit SPBT). Huh! Berpeluh juga tadi aku nak buka e-mail. Asyik salah 'password' je. Penyudahnya aku buat 'password' baru. Barulah boleh buka e-mail aku. Sekali bila dah buka e-mail, aku tengok dah tinggal beberapa ratus e-mail saja dalam 'inbox'. Kali terakhir aku buka e-mail aku, bilangan e-mail diterima dalam 'inbox' mencecah 5000. Sah, ini mesti sebab aku dah lama tak buka e-mail sebab tulah tadinya 'password' aku dah tak boleh digunakan. Kiranya macam 'expired'lah e-mail aku tu. 

Berbalik pada belajar tadi, hari ni aku macam belajar menggunakan komputer semula. Orang lain dah 'expert' mengendalikan blog. Aku masih terkial-kial. Sebenarnya blog aku ni dah lama wujud. Cuma aku tak berkesempatan  untuk meng'update' blog aku. Tapi akhir-akhir ni ada saja perkara menarik berlaku membuatkan aku ingin berkongsi cerita dengan korang semua. Keinginan untuk menulis pun sedang membuak-buak. Idea dan cerita banyak untuk dikongsi. Tapi masa untuk mencurahkannya di atas kertas mahupun paparan skrin masih terbatas. Nantilah suatu hari akan aku kongsikan dengan korang tentang pengalaman pahit manis aku yang membuatkan aku sentiasa belajar mengenal erti kehidupan. Jadi, jangan berhenti belajar!

Sunday, October 14, 2012

Jom Make Over Wajah

Helloo...jumpa lagi kita. Malam tadi aku dapat SMS daripada Mak. Masa tu aku masih dalam keadaan mamai sebab aku letih sangat dan tertido depan TV sewaktu menonton rancangan tv AwaLlagi di tv9. Dengan keadaan mata yang masih lagi terpisat-pisat aku baca SMS dari Mak. Rupanya Mak suruh aku make-upkan Mak Tih aku yang akan bernikah esok hari (hari nilah). Terus aku yg tadinya mamai jadi segar. Biar betul aku nak kena make-up pengantin. Make-up utk diri sendiri pandailah. Tapi utntuk tidak mengecewakan permintaan Mak dan Mak Tih, kepada Mak aku pun replylah 'Ok'. Seperti yang dijanjikan, so hari ni aku pun datanglah ke rumah Tok & Nek Su tempat di mana Mak Tih akan bernikah dengan bakal suami pilihannya. Aku sampai pukul 9 pagi. Berdebar juga nak make-upkan orang ni. Entah jadi ke tidak solekan aku tu. Kalau ikutkan pengalaman, ini baru pengalaman ke-2 aku menyolekkan orang. Pengalaman pertama sewaktu menyolekkan sahabat baikku yg mahu bertunang. Mak Tih meminta aku menyoleknya kerana tidak sempat mencari jurusolek profesional memandangkan persiapan perkahwinannya dibuat dalam waktu terdekat. Lagi pula, ini adalah perkahwinannya yang ke-2 setelah kematian suami beberapa tahun yang lepas. Aku sebenarnya agak terkejut juga bila mendapat berita bulan lepas dari mak yang Mak Tih akan berkahwin lagi. Namun begitu aku doakan yang terbaik untuknya. Berbalik pada kisah aku menyolek Mak Tih, perkara pertama yang aku takutkan ialah solekan aku pada wajahnya tak menjadi. Yang ke-2 aku takut tak sempat menyiapkan kerja menyolek sebelum pengantin lelaki sampai & sebelum majlis akad nikah bermula. Almaklumlah, aku ni hanya amatur. Agak nervous dan terkial-kial jugalah tadi. Tapi alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Aku akhirnya dapat melunaskan tugas yang diamanahkan. Aku juga berjaya menyolek wajah Mak Tih dengan baik. Solekan yang aku buat pada wajahnya menjadi. Mak Tih pun puas hati dengan hasil solekan aku. Alhamdulillah...Lepas ni wajah siapa pulak yang aku nak solek? Ececececehh, mula le tu berangan yang diri tu bole jadi jurusolek. Hehehe...

Saturday, October 13, 2012

Apa Memori Perfume Anda?

Semalam aku mengemas meja solek di bilik tidurku. Susun punya susun, tak sangkalah pulak ada 19 botol perfume aku yg dah kosong terbiar atas meja solek tu. Erm...nampak sangat dah lama aku tak 'clear'kan barang-barang yang aku tak guna lagi atas meja solek tu. Apalagi, aku terus capai tisu dapur utk lap botol-botol perfume tu. Sayang aku nak buang botol-botol perfume yang dah kosong tu. Kalau orang lain tentu dah buang botol-botol perfume tu. Tapi aku tak. Aku sebenarnya suka kumpul botol perfume. Salah satu hobi yang dah agak lama aku tak buat. Bagi aku setiap perfume yang aku beli ada cerita atau kisah di sebaliknya. Dan sudah tentunya setiap perfume yang aku beli tu aku tidak akan pakai sehingga habis sepenuhnya. Aku pasti akan tinggalkan sedikit supaya suatu hari nanti aku boleh hidu kembali bau-baunya untuk mengenang semula memori dulu-dulu walaupun aku tahu bau perfume tu akan berubah dari setahun ke setahun. Dan itulah juga yang telah aku lakukan sambil aku mengelap setiap botol perfume yang dah kosong tu. (nasib baik tak senoneng...hahaha!) Sebenarnya aku bukan setakat ada 19 botol perfume yang aku lap semalam. Malahan lebih daripada itu. Rasanya hampir 100 botol yang aku dah kumpul ada kut. Semuanya aku simpan dalam kotak plastik besar. (tak adalah besar sangat pun. Cumanya kotak tu cukup besar le utk simpan botol-botol perfume kosong yang tak besar mana). Aku simpan dalam kotak je...belum ada budget nak beli almari kaca utk letak koleksi botol-botol perfume yang aku dah kumpul.

Setiap kali aku mengelap botol-botol perfumeku, aku mesti terkenang perfume pertama yang aku beli. Apa perfume pertama yang korang beli? Korang ingat lagi tak? Bagi aku perfume pertama yang aku beli adalah dari koleksi Avon bernama 'Starling'. Botolnya cantik; kaca, panjang dan runcing macam botol perfume Issey Miyake. Penutupnya warna emas. Harganya masa tu kalau tak silaplah 100ml RM99.00. Bau dia bagi aku sedap. Aku beli perfume ni sewaktu di tahun pertama aku di UTM, Skudai. Roomate aku le yang 'racun' aku suruh beli sementelah neneknya ketika itu dealer Avon. Hehehe....Sekarang ni perfume tu dah tak keluar lagi. Sayang. Seterusnya aku beli 'Butterfly' pun dari Avon. Perfume yang ini masih ada lagi dikeluarkan Avon sampai sekarang. Kemudian habis perfume 'Butterfly' aku beli pulak Cerruti Image. Bau perfume ni pada aku 'fresh'. Ada gabungan bau citrus. Botolnya unik macam 'lighter'(pemetik api). Itulah perfume pertama paling mahal aku beli harganya RM190. Aku beli kat JB City Square. Ketika tu aku berada di tahun ke-2 di UTM. Selepas tu, mulalah muncul perfume-perfume lain yang aku beli sewaktu masih bergelar 'student' U. Antaranya yang masih aku ingat Issey Miyake Summer limited edition, 5th Avenue by Elizabeth Arden (memori di tahun 3 sewaktu tinggal di Apartment Melawis Taman Universiti & menghadiri jamuan makan Teslian Night di Hotel Good Hope), Envy by Gucci, Bvalgari Pour Femme, Polo Beverly Hills, Vanilla by The Body Shop(hadiah hari lahir daripada rakan-rakan. t.kasih korang), Eternity by Calvin Klein (teringat suasana pagi ketika kelas Dr. Azizah lecturer Literature in English yg juga pakai perfume ni. Aku rasa ini adalah perfume paling aku suka sebab dah 3 botol aku beli), Sunflower by Elizabeth Arden (aaa...rindunya bau Sunflower dalam suasana hujan di UTM sambil berjalan kaki ke kelas dgn rakan-rakan) dan banyak lagi yang tak dapat aku catatkan di sini sebab lupa namanya...hahaha...Lagi pun aku dah simpan dalam kotak(peti harta karun aku...kahkahkah) takkanlah aku nak punggah balik semata-mata nak senaraikan semua nama perfume tu...buat penat aku je. korang pun jangan ingat aku ni kaya sangat sampai makan perfume...sebenarnya aku beli perfume bila perfume aku dah betul-betul habis. Aku beli pun kumpul duit tau maklumlah masa tu belajar lagi. Duit poket pun harap biasiswa PAMA(Papa&Mama) & sedikit duit pinjaman. Tapi aku tak berjoli sakan eh dengan duit-duit tu. Jangan salah anggap. Cumanya ketika itu aku hanya obses dengan perfume berjenama (nasib baik tidak sekali dengan kasut & baju berjenama memandangkan aku tak ada saiz utk semua tu) .Erm...tapi tak adalah pulak aku sampai ikat perut semata-mata nak beli perfume-perfume tu. Makan tetap makan. Dan berapa duit poket yang mak ayah aku bagi dalam sebulan itulah yang aku guna utk tampung hidup aku di UTM. Tak pernah mintak lebih. Yang pasti kena pandai berjimat!

Bila dah masuk alam pekerjaan lebih-lebih lagi belum berkahwin & belum ada tanggungan, lagilah seronok aku dapat beli perfume dengan duit gaji aku sendiri. Rasa satu kepuasan yang amat sangat bila dapat membeli perfume branded yang diidam-idamkan selama ni. Lagi pun aku anggap ianya sebagai satu terapi dan treat untuk diri sendiri yang telah penat bekerja. Perfume, perfume jugak. Tapi duit belanja untuk mak ayah di kampung tetap aku hulur tiap bulan. Masih aku ingat lagi, hari pertama aku lapor diri bertugas sebagai seorang guru aku memakai perfume Arden Beauty by Elizabeth Arden ( eh, banyak juga rupanya koleksi perfume aku daripada Elizabeth Arden.), lepas tu adalah aku beli perfume Salvatore Ferragamo (perfume yang aku beli dengan gaji pertama aku), Vanilla by The Body Shop, Oceanus by The Body Shop dan ada lagi yang dah tak ingat... :P Tapi satu perfume yang aku ingat bukan aku yang beli time anak dara ialah Anya by The Body Shop. Perfume ni boyfriend aku yang mana sekarang ni adalah suami aku yang hadiahkan semasa hari lahir aku yang ke-25 tahun.

Semalam antara 19 botol-botol perfume yang aku lap dan bersihkan yang menyimpan memori suka duka ialah Hugo Boss XX (perfume ni aku beli sehari sebelum aku bernikah dan di pakai masa malam pernikahan aku. Sambil menaip ni pun aku masih boleh terbau lagi bau Hugo Boss XX ni dan terbayang suamiku yang sedang memegang tangan tok kadi (tok su aku sendiri) sambil menyebut lafaz akad nikah. Sooo sweet...for me le...not for you...hehehe). Sepatutnya botol perfume ni dah lama perlu disimpan dalam kotak. Tapi aku suka biarkan atas meja solek tu walaupun dah hampir habis sebab aku suka pandang botol tu bila 'free2'. Saja nak kenang semula saat-saat manis diijabkabulkan dengan suamiku le katakan. hehehe...Seterusnya ada perfume CK One Summer Limited Edition by Calvin Klein, Eternity by Calvin Klein, Green Apple by DKNY(hantaran perkahwinan daripada suami), Hugo Boss Deodorant Spray(hantaran perkahwinan aku untuk suami), Dreaming by Georgio Armani (perfume yang aku pakai sewaktu mengandungkan anak sulung, Rayyan), Can Can by Paris Hilton(bau sweet macam candy. Yang ni aku pakai masa mengandungkan anak kedua, Hannah), Love Passport(bau macam buah laici), Tender Kiss (hadiah hari lahir daripada suamiku), Body Shop (tak ingat pulak apa nama perfumenya), Play It Sweetly by Playboy, Play It Rock by Playboy (sebenarnya tak adalah aku ni pilih branded perfume sangat. Janji baunya pada aku menyenangkan dan botolnya menarik.), Memoir by SimplySiti (tempatan pun aku beli tau), Cool, Sweet Memories by Silky Girl, dan Mon Amie by Enchanteur (bau perfume ni mengingatkan aku tentang suasana Wad KK5 HKL sewaktu menjaga anak kedua, Hannah, yang sakit Cronic Lung Disease. Sementelah ketika itu aku telah kehabisan perfume aku pun meminta adikku membelikan perfume yang murah untuk kegunaan seharian di wad. Dan adikku telah membelikan perfume ini di farmasi Jalan Raja Alang. Sengaja aku menyuruhnya membelikan perfume murah kerana tak mahu tanggung risiko kehilangan barang berharga di wad. Tapi bagus betul adik aku tu...macam tau je aku akan suka dengan bau perfume Mon Amie tu. Sedap, lembut.Tak adalah over sangat. Kalau tak nanti tak fasal-fasal wangi satu Wad KK5 bau perfume aku je. hahaha!)

Yang aku perasan sejak dah beranak dua ni, lebih-lebih lagi dengan keadaan anak ke-2 aku, Hannah, yang masih menjalani rawatan bagi penyakitnya di HKL dan HBP, aku dapati 'kegilaan' aku mengumpul perfume(eh, kumpul perfume buat apa), kumpul botol perfume yang aku beli dengan duit sendiri terhenti seketika. Namun begitu, niat untuk membelinya masih ada. Cuma keadaan sekarang belum mengizinkan untuk aku membeli perfume yang berjenama sangat. Buat masa sekarang, budget aku lebih banyak tertumpu kepada si kecik tu. Bagi mengurangkan tahap keobsesian dan kerinduan aku terhadap perfume branded aku belilah juga perfume yang sedap baunya & cantik botolnya yang dijual pada harga mampu milik contoh macam Love by Designer Cosway, Silky Girl, Secret dan lain-lain(yang banyak di Guardian&Watson.) Lepas tu aku tak lupa juga sediakan satu tabung khas untuk aku beli perfume branded impian aku. Biarlah aku simpan 50sen tiap-tiap kali ada 50sen sekeping dalam purse aku. Janji impian aku nak beli perfume tercapai....Biar lambat tak mengapa. Semua demi anak-anak. Anak-anak didahulukan, pencapaian dikemudiankan. Bole gitu? Hahaha!  

Adoii...panjang dah aku tulis kisah tentang perfume-perfume aku ni. Harapnya korang yang baca blog post aku kali ni seronok dan terhibur membacanya. bila dah lama tak menulis blog, sekali bercerita tak 'hengat' dunia! Walau apa pun...Oh, Chanel no. 5, Flora by Gucci, Coach, Eternity by Calvin Klein(again??!) tunggu aku datang ambil kamu ya!



Wednesday, January 18, 2012

Dugaan hidup

Perjalanan kehidupan seseorg itu amat misteri. Pelbagai ranjau,onak dan duri yg ditempuhi. Tahun 2011 merupakan tahun yg penuh cabaran&dugaan buat aku. Dari yg sekecil-kecil hingga yg sebesar-sebesar dugaan. Adakalanya bisa meruntuhkan tembok kesabaran aku yg telah dibina bertahun-tahun. Sudah banyak aku menumpahkan air mata. Segala kepahitan ku tanggung, ku telan dan terima dengan berselindung di sebalik wajah yg selamba kadang-kadang serius. Wajah yg kadangkala di salah tafsir sebagai sombong sekiranya tiada segaris senyuman terukir di bibir. Wajah yg dulunya mudah tersenyum kini semakin kurang serinya. Cukup sukar menjadi insan yg bernama siti sabariah Ali...

Tuesday, January 4, 2011

Azam

aku bukanlah org yg suka buat azam baru setiap kali tahun baru....biasanya kalau tahun baru aku akan teruskan jer apa yg dh aku buat @ lum sempat nk capai tahun lepas....nk berazam x semestinya time tahun baru....bila2 masa pun bole....aku lebih kpd buat sesuatu perkara on the spot...plan2 ni kureng ler melainkan kalo time keje kena ikut plan @ time nk kahwin dulu aku ada buat wedding plan beberapa bulan sbelum majlis brlangsung....hehee...skang ni aku just ikut flow jer..... 


antara perkara2 tahun lepas yg aku nk teruskan tahun ni ialah:


1)beli sebuah buku sebulan sekali utk dibaca 
(tahun lepas dpt beli 7 buah buku....baca baru 3...hehe...kiranya ni mcm program nilam ler....hahaha)


2)peruntukan sebahagian gaji aku utk disimpan tiap2 bulan 
(tahun lepas byk kali terbabas...huhuhu...hampeh tul!)


3)hantar kain2 ela yg aku dh beli lama dulu kt tukang jahit utk dibuat baju...
(suami aku dh bising aku beli kain tp x buat2 bajunya...sorry abang. kali ni ayang hantar kain tu wat baju.)


4)beli high heels baru.
(sbb aku pendek & tahun lepas aku x leh pkai sbb pregnant)


5)menjadi seorang yg lebih baik dari sebelumnya 
(aku bukan baik sgt pun...)


itu bole kata plan aku dlm msa terdekat ni ler...plan akan dtg lum ada lg...tunggu ler KALAU sok2 ada yg terlintas difikiran nk buat, aku buat ler KALAU mampu....

Saturday, January 1, 2011

My 1st recount...

hola! this is it....the blog thing that my sister always updated it...now, it's my turn to have my own blog...first facebook..now, blog. duh! it's kind of epidemic among people nowadays...ahaks! aku pun terpengaruh nk ada blog jgk....jgn termengarut @ tercarut dlm blog ni dh ler...ahahaha...kpd sesaper yg tersesat,ter'klik',terjumpa,terbaca blog aku ni baca ler kalo larat....ha'a pastu kalo terumpat ttg aku a..a..aaa...aku x jamin....hihi...okay ler...chaw!