Dah lama sebenarnya aku tak gunakan perkhidmatan e-mail ni. Dulu guna masa study kat 'U' je. Bila dah masuk alam pekerjaan dah jarang send e-mail ni. Al-maklumlah ada SMS sekarang. Tapi bilamana pengetua aku rajin benar menggunakan peralatan elektronik seperti komputer dan mahu sebarang dokumentasi dihantar secara software, maka terpaksalah aku merajinkan diri untuk membuka semula akaun e-mail aku yang dah berkurun tidak disemak dan dikemaskini untuk menghantar segala kerja yg dibuat melalui e-mail. (siang tadi tak sempat nak buat kat sekolah sebab menguruskan murid kelas aku memulangkan buku teks ke unit SPBT). Huh! Berpeluh juga tadi aku nak buka e-mail. Asyik salah 'password' je. Penyudahnya aku buat 'password' baru. Barulah boleh buka e-mail aku. Sekali bila dah buka e-mail, aku tengok dah tinggal beberapa ratus e-mail saja dalam 'inbox'. Kali terakhir aku buka e-mail aku, bilangan e-mail diterima dalam 'inbox' mencecah 5000. Sah, ini mesti sebab aku dah lama tak buka e-mail sebab tulah tadinya 'password' aku dah tak boleh digunakan. Kiranya macam 'expired'lah e-mail aku tu.
Berbalik pada belajar tadi, hari ni aku macam belajar menggunakan komputer semula. Orang lain dah 'expert' mengendalikan blog. Aku masih terkial-kial. Sebenarnya blog aku ni dah lama wujud. Cuma aku tak berkesempatan untuk meng'update' blog aku. Tapi akhir-akhir ni ada saja perkara menarik berlaku membuatkan aku ingin berkongsi cerita dengan korang semua. Keinginan untuk menulis pun sedang membuak-buak. Idea dan cerita banyak untuk dikongsi. Tapi masa untuk mencurahkannya di atas kertas mahupun paparan skrin masih terbatas. Nantilah suatu hari akan aku kongsikan dengan korang tentang pengalaman pahit manis aku yang membuatkan aku sentiasa belajar mengenal erti kehidupan. Jadi, jangan berhenti belajar!
No comments:
Post a Comment