Apa Memori Perfume Anda?
Semalam aku mengemas meja solek di bilik tidurku. Susun punya susun, tak sangkalah pulak ada 19 botol perfume aku yg dah kosong terbiar atas meja solek tu. Erm...nampak sangat dah lama aku tak 'clear'kan barang-barang yang aku tak guna lagi atas meja solek tu. Apalagi, aku terus capai tisu dapur utk lap botol-botol perfume tu. Sayang aku nak buang botol-botol perfume yang dah kosong tu. Kalau orang lain tentu dah buang botol-botol perfume tu. Tapi aku tak. Aku sebenarnya suka kumpul botol perfume. Salah satu hobi yang dah agak lama aku tak buat. Bagi aku setiap perfume yang aku beli ada cerita atau kisah di sebaliknya. Dan sudah tentunya setiap perfume yang aku beli tu aku tidak akan pakai sehingga habis sepenuhnya. Aku pasti akan tinggalkan sedikit supaya suatu hari nanti aku boleh hidu kembali bau-baunya untuk mengenang semula memori dulu-dulu walaupun aku tahu bau perfume tu akan berubah dari setahun ke setahun. Dan itulah juga yang telah aku lakukan sambil aku mengelap setiap botol perfume yang dah kosong tu. (nasib baik tak senoneng...hahaha!) Sebenarnya aku bukan setakat ada 19 botol perfume yang aku lap semalam. Malahan lebih daripada itu. Rasanya hampir 100 botol yang aku dah kumpul ada kut. Semuanya aku simpan dalam kotak plastik besar. (tak adalah besar sangat pun. Cumanya kotak tu cukup besar le utk simpan botol-botol perfume kosong yang tak besar mana). Aku simpan dalam kotak je...belum ada budget nak beli almari kaca utk letak koleksi botol-botol perfume yang aku dah kumpul.
Setiap kali aku mengelap botol-botol perfumeku, aku mesti terkenang perfume pertama yang aku beli. Apa perfume pertama yang korang beli? Korang ingat lagi tak? Bagi aku perfume pertama yang aku beli adalah dari koleksi Avon bernama 'Starling'. Botolnya cantik; kaca, panjang dan runcing macam botol perfume Issey Miyake. Penutupnya warna emas. Harganya masa tu kalau tak silaplah 100ml RM99.00. Bau dia bagi aku sedap. Aku beli perfume ni sewaktu di tahun pertama aku di UTM, Skudai. Roomate aku le yang 'racun' aku suruh beli sementelah neneknya ketika itu dealer Avon. Hehehe....Sekarang ni perfume tu dah tak keluar lagi. Sayang. Seterusnya aku beli 'Butterfly' pun dari Avon. Perfume yang ini masih ada lagi dikeluarkan Avon sampai sekarang. Kemudian habis perfume 'Butterfly' aku beli pulak Cerruti Image. Bau perfume ni pada aku 'fresh'. Ada gabungan bau citrus. Botolnya unik macam 'lighter'(pemetik api). Itulah perfume pertama paling mahal aku beli harganya RM190. Aku beli kat JB City Square. Ketika tu aku berada di tahun ke-2 di UTM. Selepas tu, mulalah muncul perfume-perfume lain yang aku beli sewaktu masih bergelar 'student' U. Antaranya yang masih aku ingat Issey Miyake Summer limited edition, 5th Avenue by Elizabeth Arden (memori di tahun 3 sewaktu tinggal di Apartment Melawis Taman Universiti & menghadiri jamuan makan Teslian Night di Hotel Good Hope), Envy by Gucci, Bvalgari Pour Femme, Polo Beverly Hills, Vanilla by The Body Shop(hadiah hari lahir daripada rakan-rakan. t.kasih korang), Eternity by Calvin Klein (teringat suasana pagi ketika kelas Dr. Azizah lecturer Literature in English yg juga pakai perfume ni. Aku rasa ini adalah perfume paling aku suka sebab dah 3 botol aku beli), Sunflower by Elizabeth Arden (aaa...rindunya bau Sunflower dalam suasana hujan di UTM sambil berjalan kaki ke kelas dgn rakan-rakan) dan banyak lagi yang tak dapat aku catatkan di sini sebab lupa namanya...hahaha...Lagi pun aku dah simpan dalam kotak(peti harta karun aku...kahkahkah) takkanlah aku nak punggah balik semata-mata nak senaraikan semua nama perfume tu...buat penat aku je. korang pun jangan ingat aku ni kaya sangat sampai makan perfume...sebenarnya aku beli perfume bila perfume aku dah betul-betul habis. Aku beli pun kumpul duit tau maklumlah masa tu belajar lagi. Duit poket pun harap biasiswa PAMA(Papa&Mama) & sedikit duit pinjaman. Tapi aku tak berjoli sakan eh dengan duit-duit tu. Jangan salah anggap. Cumanya ketika itu aku hanya obses dengan perfume berjenama (nasib baik tidak sekali dengan kasut & baju berjenama memandangkan aku tak ada saiz utk semua tu) .Erm...tapi tak adalah pulak aku sampai ikat perut semata-mata nak beli perfume-perfume tu. Makan tetap makan. Dan berapa duit poket yang mak ayah aku bagi dalam sebulan itulah yang aku guna utk tampung hidup aku di UTM. Tak pernah mintak lebih. Yang pasti kena pandai berjimat!
Bila dah masuk alam pekerjaan lebih-lebih lagi belum berkahwin & belum ada tanggungan, lagilah seronok aku dapat beli perfume dengan duit gaji aku sendiri. Rasa satu kepuasan yang amat sangat bila dapat membeli perfume branded yang diidam-idamkan selama ni. Lagi pun aku anggap ianya sebagai satu terapi dan treat untuk diri sendiri yang telah penat bekerja. Perfume, perfume jugak. Tapi duit belanja untuk mak ayah di kampung tetap aku hulur tiap bulan. Masih aku ingat lagi, hari pertama aku lapor diri bertugas sebagai seorang guru aku memakai perfume Arden Beauty by Elizabeth Arden ( eh, banyak juga rupanya koleksi perfume aku daripada Elizabeth Arden.), lepas tu adalah aku beli perfume Salvatore Ferragamo (perfume yang aku beli dengan gaji pertama aku), Vanilla by The Body Shop, Oceanus by The Body Shop dan ada lagi yang dah tak ingat... :P Tapi satu perfume yang aku ingat bukan aku yang beli time anak dara ialah Anya by The Body Shop. Perfume ni boyfriend aku yang mana sekarang ni adalah suami aku yang hadiahkan semasa hari lahir aku yang ke-25 tahun.
Semalam antara 19 botol-botol perfume yang aku lap dan bersihkan yang menyimpan memori suka duka ialah Hugo Boss XX (perfume ni aku beli sehari sebelum aku bernikah dan di pakai masa malam pernikahan aku. Sambil menaip ni pun aku masih boleh terbau lagi bau Hugo Boss XX ni dan terbayang suamiku yang sedang memegang tangan tok kadi (tok su aku sendiri) sambil menyebut lafaz akad nikah. Sooo sweet...for me le...not for you...hehehe). Sepatutnya botol perfume ni dah lama perlu disimpan dalam kotak. Tapi aku suka biarkan atas meja solek tu walaupun dah hampir habis sebab aku suka pandang botol tu bila 'free2'. Saja nak kenang semula saat-saat manis diijabkabulkan dengan suamiku le katakan. hehehe...Seterusnya ada perfume CK One Summer Limited Edition by Calvin Klein, Eternity by Calvin Klein, Green Apple by DKNY(hantaran perkahwinan daripada suami), Hugo Boss Deodorant Spray(hantaran perkahwinan aku untuk suami), Dreaming by Georgio Armani (perfume yang aku pakai sewaktu mengandungkan anak sulung, Rayyan), Can Can by Paris Hilton(bau sweet macam candy. Yang ni aku pakai masa mengandungkan anak kedua, Hannah), Love Passport(bau macam buah laici), Tender Kiss (hadiah hari lahir daripada suamiku), Body Shop (tak ingat pulak apa nama perfumenya), Play It Sweetly by Playboy, Play It Rock by Playboy (sebenarnya tak adalah aku ni pilih branded perfume sangat. Janji baunya pada aku menyenangkan dan botolnya menarik.), Memoir by SimplySiti (tempatan pun aku beli tau), Cool, Sweet Memories by Silky Girl, dan Mon Amie by Enchanteur (bau perfume ni mengingatkan aku tentang suasana Wad KK5 HKL sewaktu menjaga anak kedua, Hannah, yang sakit Cronic Lung Disease. Sementelah ketika itu aku telah kehabisan perfume aku pun meminta adikku membelikan perfume yang murah untuk kegunaan seharian di wad. Dan adikku telah membelikan perfume ini di farmasi Jalan Raja Alang. Sengaja aku menyuruhnya membelikan perfume murah kerana tak mahu tanggung risiko kehilangan barang berharga di wad. Tapi bagus betul adik aku tu...macam tau je aku akan suka dengan bau perfume Mon Amie tu. Sedap, lembut.Tak adalah over sangat. Kalau tak nanti tak fasal-fasal wangi satu Wad KK5 bau perfume aku je. hahaha!)
Yang aku perasan sejak dah beranak dua ni, lebih-lebih lagi dengan keadaan anak ke-2 aku, Hannah, yang masih menjalani rawatan bagi penyakitnya di HKL dan HBP, aku dapati 'kegilaan' aku mengumpul perfume(eh, kumpul perfume buat apa), kumpul botol perfume yang aku beli dengan duit sendiri terhenti seketika. Namun begitu, niat untuk membelinya masih ada. Cuma keadaan sekarang belum mengizinkan untuk aku membeli perfume yang berjenama sangat. Buat masa sekarang, budget aku lebih banyak tertumpu kepada si kecik tu. Bagi mengurangkan tahap keobsesian dan kerinduan aku terhadap perfume branded aku belilah juga perfume yang sedap baunya & cantik botolnya yang dijual pada harga mampu milik contoh macam Love by Designer Cosway, Silky Girl, Secret dan lain-lain(yang banyak di Guardian&Watson.) Lepas tu aku tak lupa juga sediakan satu tabung khas untuk aku beli perfume branded impian aku. Biarlah aku simpan 50sen tiap-tiap kali ada 50sen sekeping dalam purse aku. Janji impian aku nak beli perfume tercapai....Biar lambat tak mengapa. Semua demi anak-anak. Anak-anak didahulukan, pencapaian dikemudiankan. Bole gitu? Hahaha!
Adoii...panjang dah aku tulis kisah tentang perfume-perfume aku ni. Harapnya korang yang baca blog post aku kali ni seronok dan terhibur membacanya. bila dah lama tak menulis blog, sekali bercerita tak 'hengat' dunia! Walau apa pun...Oh, Chanel no. 5, Flora by Gucci, Coach, Eternity by Calvin Klein(again??!) tunggu aku datang ambil kamu ya!
Terima kasih infonya gan.
ReplyDeleteLumayan buat nambah wawasan.
Gema Parfum
Apa itu EDP, EDT, EDC.
----------