Aku baru mula menanda kertas karangan bahasa Inggeris murid tingkatan 4 yang sedang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Peperiksaan kertas Bahasa Inggeris tingkatan 4 telah berlangsung pd minggu lepas. Hari ni baru aku nak semak. Masuk kertas yang ke-8 otak aku dah mula gagal berfungsi. Ditambah pula bila kertas yang ke-8 itu adalah hasil plagiat @ peniruan si polan daripada si polan, lagilah aku ter'bakar'. Jadi, sebelum kertas jawapan karangan budak yang bersalah itu aku kerjakan sampai hancur umpama kertas yang dimasukkan ke dalam mesin pemotong kertas, adalah baiknya aku berhenti dulu menanda. Lalu segera aku capai beg tangan dan berjalan menuju ke kantin. Lapar pun ye juga sebenarnya memandangkan pagi tadi aku makan terlalu awal dan hanya mengambil mi hoon goreng bukan nasi seperti selalunya.
Tiba di kantin, adalah kawan-kawan untuk berborak sambil makan. Bolehlah dikatakan kantin tempat 'bermesyuarat' tak rasmi bagi guru-guru. Di situlah tempat kami meluahkan masalah, perasaan kecewa terhadap perlakuan murid-murid, bergosip dan sebagainya. Namun begitu, tak adalah pulak kami nak bertunggu-tangga di kantin sampai tak masuk mengajar semata-mata nak berborak okayy. Kami masih sedar dengan tugas hakiki.
Borak punya borak, tibalah isu 'menolak tugasan'. Bukan apa, bila bercakap tentang hal menolak tugasan ni, aku teringat zaman dulu aku mula 'posting' sebagai guru dengan zaman sekarang guru baru 'posting'. Nak kata jauh jarak beza tahunnya taklah lama sangat. Lapan tahun je. Tapi lapan tahun pun dah nampak dah perbezaan sikapnya.
Bukan nak kata aku bagus sangat atau 'skem' sangat. Huh! Tapi seingat akulah dulu, selagi belum sah jawatan, tak berani aku nak tolak-tolak tugasan ni. Walaupun bukan sebab ada sah mengesah jawatan ni pun, aku rasa belum tentu aku berani nak tolak tugasan. Tapi zaman sekarang ni, guru-guru barunya 'daring' & 'demand' sungguh. Ingat lagi dulu, masa tu aku baru 3 bulan posting, dah dihantar pergi berkursus 3 hari 2 malam di Melaka, menginap di Hotel Seri Costa. Aku dengan muka 'blur' & terkontang-kanting seorang diri pergi kursus tu tanpa rakan satu sekolah. Maklumlah arahannya setiap sekolah hantar 1 wakil. Dengan berat hati, sebab tak ada keyakinan diri aku pergi juga dengan dihantar oleh KP aku ke PPD (semua wakil guru setiap sekolah berkumpul di PPD untuk naik bas ke Melaka). Bila tiba kena jaga periksa awam, pergi jaga periksa awam. Disuruh menanda kertas periksa awam, pergi juga walaupun ketika tu hati berbelah bagi antara tugas dengan keinginan pulang ke kampung atau pergi bercuti. Tidak pernah membantah.
Berbeza pula dengan sekarang. Baru beberapa bulan bekerja, kerusi pun belum 'panas', jawatan pun belum sah, sudah berani menolak tugasan yang diberi sebagai contohnya menjaga peperiksaan awam. Memanglah untuk menjaga peperiksaan awam ini memerlukan PPP Siswazah terlatih dan berkredibiliti. Tetapi sekiranya terpilih di waktu awal alam pekerjaan terimalah seadanya. Janganlah pas-pas minta orang lain menggantikan tempat. Kalau dengan alasan mahu bertunang atau berkahwin, bersalin atau keguguran, anak sakit, bolehlah diterima. Tapi kalau alasan sekadar mahu pulang ke kampung atau telah membeli tiket bas dan macam-macam lagi alasan yang ke'anak'-'anak'kan, baik simpan sahaja alasan tu dan fokuslah pada kerja. Memanglah ianya kedengaran kejam. Tapi itulah hakikatnya. Bukan tak dapat duit. Dibayar apa semua tu. Takkan tak nak duit kot?? Bukan tak ada cuti langsung. Ada juga cuti. Tapi ingatlah cuti tu berpada-pada. Cuti guru itu bila-bila masa boleh diambil oleh pihak pentadbiran sekiranya diperlukan.
Kutiplah pengalaman sewaktu masih muda. Jangan nanti bila dah sah jawatan mulalah ternanti-nanti bila masa nama akan dipanggil untuk pergi berkursus atau membuat kerja-kerja di luar sekolah. Pergilah dan terimalah bila diarahkan untuk berkursus, jaga periksa, atau menanda kertas. Sekali-sekala keluarlah dari kempompong sekolah, tengok sekolah lain, cuci mata & minda. Jangan hanya duduk mengajar (ada yang mengajar duduk ke?? Aii..muda lagikan? takkan dah mengajar duduk kot... :P) di sekolah sambil sibuk riki-riki tangga gaji & mengira-ngira gaji pokok + elaun. Lupakan seketika impian "Bilalah aku nak merasa gaji sekian, sekian. Elaun segini, elaun segitu." Sabar. Sampai masa nanti (jika dipanjangkan umurlah) tiba juga hajat merasa duit gaji yang berkepuk-kepuk. Tinggal ikhlas tak ikhlas jelah nak bekerja untuk sampai ke tahap duit berkepuk-kepuk tu. Rasanya jika kita ikhlas dan istiqamah dalam bekerja (tanpa kipas-mengipas),pejam, celik, pejam, celik lapan tahun tu rasa macam sekejap je dah sampai DG sekian, sekian.
Rasanya cukuplah kot aku menaip untuk hari ni. Apa pun, ini hanyalah curahan rasa aku. Kalau ada yang terasa minta maaflah ye. Janganlah hentam aku pulak macam blog hamba Allah yang sorang tu. Sambil itu renung-renungkanlah kata-kata hikmat ini "Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak". Jangan lupa selamat beramal. Hehehe... :)
P/S: Takut ni nak posting blog post yang ni. Takut kena hentam teruk. :P
No comments:
Post a Comment